PPPC merupakan salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memperkembangkan potensi murid terpilih secara optimum.
Murid dalam PPPC akan mendapat akses kepada Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) khusus dan luwes daripada guru pakar melalui kesepaduan Program Pembelajaran Pecutan dan Program Pengayaan.
Pelaksanaan PPPC adalah usaha untuk membangunkan modal insan yang mempunyai kepakaran khusus ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berdaya saing pada peringkat global.
Mengenal pasti murid pintar cerdas termasuk murid berkeperluan khas yang memenuhi syarat dan melepasi ujian saringan yang ditetapkan bagi membangun, memupuk dan menggilap potensi murid pintar cerdas secara menyeluruh dan seimbang melalui program pengayaan dan pecutan pembelajaran;
Menyediakan peluang dan sokongan kepada murid pintar cerdas agar mereka mampu bersaing lebih awal di peringkat tempatan dan global;
Melahirkan ilmuan dan pakar rujuk dalam pelbagai disiplin ilmu untuk menyumbang kepada pembangunan negara;
Melahirkan murid pintar cerdas yang berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia serta berketrampilan bagi menjayakan visi,misi dan aspirasi negara; dan
Membentuk murid pintar cerdas yang dapat meningkatkan imej negara di arena antarabangsa dan menyumbang kepada kelestarian kehidupan sejagat.